Pages

Monday, March 26, 2012

10 CIRI-CIRI WANITA YANG DIIDAMKAN OLEH LELAKI

Yang ni pulak senarai ciri-ciri wanita yang menjadi favourite kaum adam.. :)

1) Bersopan Santun
Wanita yang lemah lembut dan bersopan santun akan membuatkan lelaki cair melihat setiap pergerakan dan percakapan anda.

2) Pandai Memasak
Yang ni adalah ciri-ciri yang paling penting sekali yang patut ada pada wanita. Wanita yang pandai memasak mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih baik. Lelaki juga lebih tertarik dengan wanita yang pandai memasak ni.

3) Pembersih
Wanita yang pembersih ni menjadi kegilaan setiap lelaki yang kurang pembersih. Ini kerana, semua kerja dirumah akan diuruskan oleh anda tanpa dipaksa oleh si suami.

4) Taat
Wanita perlulah taat dan tidak melawan setiap percakapan lelaki. Ada kalanya melawan itu penting jika si jejaka mempelawanya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh dan terlarang. Tetapi jika si jejaka menegur untuk kebaikan maka haruslah akur dengan teguran tersebut dan berubah demi kebaikan bersama.

5) Bersifat keibuan
Secara jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan. Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk kanak-kanak menangis, dan sebagainya. Kenapa? sejuk hati seorang lelaki bila melihat anda peka terhadap alam rumahtangga walaupun anda belum berumahtangga. Dan itu merupakan salah satu bonus buat anda yang bersifat keibuan.

6) Jadi Pendengar Setia Bukan Pembangkang Setia
Lelaki juga tidak pernah lari daripada masalah. Masalah yang dihadapi biasanya akan dikongsi bersama dengan orang yang tersayang dengan harapan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dialami. Jika anda ingin tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak speendapat dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa kali sebelum anda bangkang.

7) Berdikari dan Tidak Mudah Putus Asa
Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.

8) Sentiasa Berterus Terang dan Tidak Hipokrit
Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.

9) Tidak Mengongkong dan Memahami
Sesiapapun akan berasa rimas apabila dikongkong. Lelaki tidak suka dikongkong dalam melakukan aktiviti sehariannya. Bagi mereka yang penting adalah kejujuran, tidak perlulah mengambil tahu setiap aktiviti mereka setiap saat. Lelaki juga suka jika wanita memahami akan keadaannya. Contohnya, kesibukan bekerja membataskan waktu mereka untuk menghabiskan masa bersama-sama.

10) Cemburu Bertempat
Kata orang cemburu itu tandanya sayang...tapi yang menjadi masalah ialah apabila c dia bersikap terlalu cemburu buta, maksudnya cemburu yang tidak bertempat. Wanita adalah sangat sensitif, kadang-kala mereka mahu  c jejaka mengutamakan dirinya sebelum orang lain. 

No comments:

Post a Comment