Pages

Tuesday, April 17, 2012

M.O.V.I.E M.A.R.A.T.H.O.N ;-)

Weekend was indeed a movie day!=)
So we spent our weekend watching some movies..Dark Flight & Mirror Mirror

DARK FLIGHT (Thai Horror)
(Not recommended for the faint-hearted~huhu)



It's all about da spirit things that seek revenge...

....................................................................................................................................................................


MIRROR MIRROR
(Seriously hillarious!)



Think U've watched a Snow White tale before?well try this..!



Thursday, April 5, 2012

There's this guy, who started reading......=)

OMG..can't believe he started reading books about relationship!can't you imagine?? A guy reading a book of relationship-which I found so..so sweet of him..alalaaa..^o^..coz normally a guy will only seek advice bout 'da relationship thing' from their  guy friends or sumtimes just keep it by themselves..huhu..Good Effort..thumbs Up!v^^,v

(p/s:maybe I shud bought him a book entitled "When Mars Meets Venus"..qt interesting book abt relationships..=P..)

Monday, April 2, 2012

Bila April..!

APRIL datang lagi..=D
Kalau sebut bulan April..msti familliar dgn April Fool kan..haha! on 01 April awal2 pagi lg kwn aku, c Cat sdh kc wakenabeb aku ar..aduii..ckp pla benda2 psl kawen2,mestilah aku pcaya trus..sdhlah dia mmg bukan kaki kelentong pny kwn..hidup2 aku kena tipu..uwawa..bulih2 aku lupa plak masuk bln April suda..lepas ni klo ada org bgtau aku benda2 pelik kompom aku xpecaya pny..hahah..sekurang2nya mst bjaga2 la d bulan ni..bulan mengenakan org..:P..I Love April baa..:)

Saturday, March 31, 2012

La La Labuannnn~

hmm..hmm.. :-)..finally kmi d Labuan sd..(30 Mac 2012)..He..tapi bkn p sni suka2 ar..ada kursus lgi..ni firstime bt kursus sni..hope ok la tomolow..nsib bek ada my fren keja cni,so Thanks to Ajay,huhu..coz tlg kmi book hotel.. tmpt kursus kmi d Sara Hotel tp bilik sd fully occupied jd kmi stay d blkg dia Hotel Victoria nma ni hotel,pnylah antik ni hotel..lif dia mcm dlm ceta omputih dulu2 tu yg bpagar lgi..huhu!rsa excited setiap kali naik lif dia!..kmi smpai td pun dlm kol2 sd..gara2 xda feri terpaksa juga kmi naik speed boat yg mcm rollercoaster..hahaha..pnyalah sandi..aku rsa mo teriakkkkk jak tdi tp aku tahan jak..pttlah dady xmau naik benda tu..hehehe..tp yg bestnya 20 min jak smpai..Sampai2 jak sempat lg p bli coklat ngan Bibi tdi..sesat2 kmi p Ujana Kewangan atau nama komersialnya dcni UK..mmg fail la aku jd tukang penunjuk jalan!ngeee...oh ya,at last,bought myself a new pair of watch!^^..klo mo tgu org blikan lambat ceta kita ging..huhu..Casio ni,,haha,,mcm brand Kalkulator lg tu..paduli la..=P,,yg pnting aku suka!haha..Mlm tdi pla kuar minum ngan Ajay,kununnya aku mo spnd dia bls budi dia tlg book otel,tp last2 dia gak yg byr..Thnks anyway..hehe..Ajay ni kwn masa d Unimas dulu bah tu..kwn lepak2..jd td pas minum smpt gak la dia bw aku round2..awal lg td aroud 9 sumtin..byk da org lepak2 moginum..kelab2 mlm la yg plg aktif d cni bilang Ajay..klo org ada byk duit n kboringan mlm2..nah..apa lg..terhad ba tmpt entertainment dcni..

Monday, March 26, 2012

The VOW + Chocolate Cake =Yummy!!!


Sweetttttt kan tu poster???huhuhu..had a chance to watch it last week..^^! ceta dia pasal seorang isteri(Paige)yang hilang ingatan selepas dia n husband(Leo) dia eksiden..yg sedihnya c Paige langsung x ingat ngan husband dia,tp ingat plak dia ngan parents n kwn2 kolej dia dulu2..n yg bestnya dalam ceta ni, Leo berabis mau rebut hati c Paige semula sedangkan Paige langsung x ingat dengan dia malah mc ada perasaan pla sama bekas tunang lama dia..so in order to regain her memory back, Paige setuju untuk jalani kehidupan dia seperti biasa,means tggl serumah balik,what an awkward moment to live with a stranger that claims to be her husband!!konflik muncul bila bapa c Paige suruh c Leo kc cerai dia sbb dia rasa Leo xcukup bgs utk anak dia..kecian bah c Leo,mentang2 dia keja d studio rakaman jak..jd suka2 hati jak bapak mentua dia suruh2 kc cerai..adeii..!!Tp last-last..heppy ending..nasib bek heppy ending,klo tdk mo minta balik tu duit tiket muvie..!haha..mcm la aku yg bayar tiket..ngeee~ c Paige last-last cari juga c Leo balik..itulah nmanya jodoh,walopun sdh ilang ingatan still juga ble dorg balik sama2 ni..hehe..oh ya, movie ni inspired by true story,,wooww..xsangka kan..jadi bg org yang xpcaya wujudnya cinta sejati tu sgt2 di suggest utk tguk ni movie..=))


(p/s: 1 of my fav dialogue: 'I vow to help you love life, to always hold you with tenderness and to have the patience that love demands, to speak when words are needed and to share the silence when they are not and to live within the warmth of your heart and always call it home')

10 CIRI-CIRI WANITA YANG DIIDAMKAN OLEH LELAKI

Yang ni pulak senarai ciri-ciri wanita yang menjadi favourite kaum adam.. :)

1) Bersopan Santun
Wanita yang lemah lembut dan bersopan santun akan membuatkan lelaki cair melihat setiap pergerakan dan percakapan anda.

2) Pandai Memasak
Yang ni adalah ciri-ciri yang paling penting sekali yang patut ada pada wanita. Wanita yang pandai memasak mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih baik. Lelaki juga lebih tertarik dengan wanita yang pandai memasak ni.

3) Pembersih
Wanita yang pembersih ni menjadi kegilaan setiap lelaki yang kurang pembersih. Ini kerana, semua kerja dirumah akan diuruskan oleh anda tanpa dipaksa oleh si suami.

4) Taat
Wanita perlulah taat dan tidak melawan setiap percakapan lelaki. Ada kalanya melawan itu penting jika si jejaka mempelawanya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh dan terlarang. Tetapi jika si jejaka menegur untuk kebaikan maka haruslah akur dengan teguran tersebut dan berubah demi kebaikan bersama.

5) Bersifat keibuan
Secara jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan. Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk kanak-kanak menangis, dan sebagainya. Kenapa? sejuk hati seorang lelaki bila melihat anda peka terhadap alam rumahtangga walaupun anda belum berumahtangga. Dan itu merupakan salah satu bonus buat anda yang bersifat keibuan.

6) Jadi Pendengar Setia Bukan Pembangkang Setia
Lelaki juga tidak pernah lari daripada masalah. Masalah yang dihadapi biasanya akan dikongsi bersama dengan orang yang tersayang dengan harapan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dialami. Jika anda ingin tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak speendapat dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa kali sebelum anda bangkang.

7) Berdikari dan Tidak Mudah Putus Asa
Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.

8) Sentiasa Berterus Terang dan Tidak Hipokrit
Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.

9) Tidak Mengongkong dan Memahami
Sesiapapun akan berasa rimas apabila dikongkong. Lelaki tidak suka dikongkong dalam melakukan aktiviti sehariannya. Bagi mereka yang penting adalah kejujuran, tidak perlulah mengambil tahu setiap aktiviti mereka setiap saat. Lelaki juga suka jika wanita memahami akan keadaannya. Contohnya, kesibukan bekerja membataskan waktu mereka untuk menghabiskan masa bersama-sama.

10) Cemburu Bertempat
Kata orang cemburu itu tandanya sayang...tapi yang menjadi masalah ialah apabila c dia bersikap terlalu cemburu buta, maksudnya cemburu yang tidak bertempat. Wanita adalah sangat sensitif, kadang-kala mereka mahu  c jejaka mengutamakan dirinya sebelum orang lain. 

10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA

Ok, ni antara kriteria-kriteria yang boleh membuat WANITA suka dengan seseorang LELAKI itu,and I must say I do agreed to most of them!hehe..jom baca,manalah tau kalau-kalau jejaka anda ada kriteria-kriteria tersebut!=)

1) Kebersihan Perlu Jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, kuku panjang, selekeh, berambut panjang dan lain lain lagi. Wanita sukakan lelaki yang kemas dalam segala segi,bukan saja pada penampilannya tetapi juga pada keretanya, kerana bagi wanita, keadaan kereta yang bersih mencerminkan sikap seseorang pemiliknya. So kepada lelaki sekalian, pastikan kereta anda bersih sebelum dibebel oleh c dia!

2) Ada Sikap Lucu
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. Tapi hati-hati,gurauan anda mungkin akan menyebabkan seseorang  terasa dan berkecil hati. Bergurau-gurau juga, tapi berpada-padalah yer..

3) Bersikap Prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.

4) Selalu Senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

5) Bersikap ‘Cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

6) Bercakap Bila Perlu
Wanita yang banyak bercakap adalah kebiasaan, tapi bagaimana pula jika golongan lelaki yang kuat bercakap?kadang-kala wanita lebih suka jejakanya bercakap perkara yang perlu sahaja dan pada saat-saat yang perlu sahaja. Contohnya,bila tiba waktu untuk memujuk!oya..wanita paling pantang jika lelaki bercerita tentang perempuan lain,kecualilah jika dia sendiri yang ingin tahu tentang perempuan tersebut.

7) Berikan Kejutan!
Berikan kejutan pada c dia anda,wanita sangat sangat sangat suka pada kejutan!Tanya diri anda bila kali terakhir anda memberi 'Surprise' kepadanya? Tak payah tunggu hari kelahirannya untuk memberikan kejutan (hadiah, bunga, makan malam romantis),c dia anda pasti akan rasa lebih dihargai dan disayangi setelah mendapat kejutan daripada anda. Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

8) Merendah Diri
Tidak perlulah menunjuk-nunjuk harta benda yang ada atau bercakap besar tentang diri sendiri. Wanita sangat tidak suka dengan lelaki yang bercakap besar, sudahlah bercakap besar,ditambah pula dengan sikap suka merendah-rendahkan orang lain akan menambahkan seseorang wanita rasa lebih menyampah dengan lelaki tersebut. Wanita lebih tertarik dengan lelaki yang bersederhana dan merendah diri dalam setiap apa yang dibuatnya. 

9) Bersedia Terima Teguran
Tiada manusia yang PERFECT di dunia ni..lelaki yang dapat menerima teguran sangat disenangi oleh wanita berbanding lelaki yang egois. Bukan niat untuk menjatuhkan maruah anda, tapi komunikasi yang sihat perlulah dalam keadaan terbuka dan bersifat bersedia menerima kritikan. Ketepikan ego anda..kadang-kala teguran c dia itu ada benarnya juga.

10) Hormat Keluarga c Dia
Bukan sahaja perlu menghormati c dia tetapi lelaki juga perlulah menghormati keluarga c dia. Sentiasalah mengambil tahu akan perkembangan keluarganya. Sekali-sekala, tak salah jika ingin mengajak keluarga c dia keluar untuk makan malam. Dengan ini, anda akan lebih berjaya untuk mengambil hati keluarganya. Apa kata anda memberi hadiah pada hari jadi bakal  ibu mertua atau bapa mertua anda, sekurang-kurangnya mereka akan rasa dihargai juga kan.. dan c dia pula, sudah tentu akan terharu dan gembira memiliki anda!